4,278 Graduan Akan Menerima Skrol Pada Konvokesyen Ke-22 UMS

hajiji-taufik.jpg

Hajiji (dua kanan) diberi taklimat oleh Taufiq (dua kiri) dan rombongan mengenai Konvokesyen ke-22 UMS yang akan datang.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 4,728 graduan akan menerima skrol mereka semasa Konvokesyen Ke-22 Universiti Malaysia Sabah (UMS) mulai 26 hingga 31 Mac ini.

Memberi taklimat kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor mengenai istiadat konvokesyen dalam kunjungan hormat di Menara Kinabalu di sini hari ini, Naib Canselor UMS Prof Datuk Taufiq Yap Yun Hin berkata 2,643 daripada graduan itu berasal dari Sabah.

Bagi pelajar antarabangsa pula, seramai 134 akan menamatkan pengajian dengan kumpulan terbesar dari China dengan 74 pelajar diikuti Brunei (21), Timur Leste (10), Indonesia (7), Pakistan (4), Vietnam (4), Bangladesh (3), Mesir (2) dan masing-masing satu dari Thailand, Oman, Kemboja, Korea, Tanzania, Libya, Algeria, Jepun dan Amerika Syarikat.

Taufiq juga berkata terdapat 67 siswazah yang akan menerima PhD dan 287 yang mendapat ijazah sarjana.

Taufiq menyampaikan jemputan kepada Hajiji yang merupakan Pro-Canselor UMS untuk menghadiri majlis konvokesyen tersebut.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top