41 mangsa banjir dipindahkan di Paitan

Banjir.jpg

Foto: BERNAMA

Kongsi Bersama

PAITAN: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini diaktifkan semula semalam dengan sejumlah 42 penduduk di Kampung Perancangan Cocos dipindahkan susulan bencana banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sabah dalam kenyataanya memaklumkan PPS itu ialah Rumah Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Cocos serta Sekolah Menengah Kebangsaan Pamol, yang dibuka pada 4 petang selepas operasi pemindahan digerakkan sejak 12 tengah hari.

Kampung terbabit dilanda banjir pada bulan lepas dengan dua PPS berkenaan dibuka selama tiga hari dari 26 Dis.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Telupid dan Beluran sedang memantau kawasan berisiko banjir di dua daerah itu berikutan hujan berterusan masing-masing sejak tengah hari kelmarin dan awal pagi semalam.

Meskipun terdapat kawasan yang telah dinaiki air, belum ada PPS dibuka setakat ini.

Bagaimanapun, terdapat 43 mangsa di Telupid berpindah ke Dewan Sekolah Kebangsaan Ulu Sapi, yang dijadikan pusat transit sebagai langkah berjaga-jaga. – BERNAMA

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top