400,000 dijangka kunjungi Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah

armizan-MADANI.jpg

Armizan semasa meninjau persiapan program semalam.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Program MADANI Rakyat 2024 Sayangi Sabah yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat (18 Okt), dijangka akan dikunjungi 400,000 orang, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Beliau berkata program bertemakan ‘Meningkatkan Kesejahteraan Pengguna’ akan diadakan di perkarangan Kompleks Sukan Likas di sini dan dijadual dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2.30 petang, 19 Okt.

Armizan berkata Zon Sabah merupakan zon keenam serta pelengkap Program MADANI Rakyat ahun ini selepas on Tengah di Selangor, Zon Utara di Plau Pinang Zon Timur di Pahang, Zon Selatan di Johor, dan Zon Sarawak.

“Orang ramai di Sabah kita jemput datang beramai-ramai. Dua komponen perkhidmatan ditawarkan menerusi program ini bagi menggambarkan keberhasilan Kerajaan MADANI dalam memenuhi keperluan kebajikan rakyat iaitu Perkhidmatan Touchpoint Rakyat dan Inisiatif Kesejahteraan Rakyat.

“Melalui pendekatan ini pelbagai perkhidmatan secara terus dan inisiatif dilancarkan kerajaan, dapat disampaikan kepada rakyat menerusi perkhidmatan yang ditawarkan kementerian, jabatan, juga agensi Persekutuan dan negeri,” katanya kepada pemberita selepas meninjau persiapan program itu di sini pada Sabtu.

Armizan berkata bagi Zon Sabah, pelaksanaan program melibatkan kolaborasi strategik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) selaku kementerian peneraju serta kerajaan Sabah dan Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Beliau berkata sebanyak lapan program tumpuan disediakan iaitu Kesejahteraan Rakyat dilaksana Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) JPM, Agenda Perpaduan (Kementerian Perpaduan Negara), TVET dan Karnival Kerjaya (Kementerian Sumber Manusia), Perkhidmatan Kerajaan Negeri (kerajaan Sabah).

Selain itu Kos Sara Hidup (KPDN), Pertanian dan Keterjaminan Makanan (Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan), Perkhidmatan Kesihatan (Kementerian Kesihatan), STEM dan AI dilaksana Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Kita sedang menyediakan jumlah reruai yang sesuai kerana program ini mendapat sambutan yang amat menggalakan daripada pempaper, begitu juga peniaga tempatan seperti trak makanan dan sebagainya. Kita tentukan jumlah kemudian,”katanya. BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top