40 Unit Menara Komunikasi Baharu Akan Dibina Di Pensiangan

menara-komunikasi.jpg
Kongsi Bersama

KENINGAU: Pesiangan akan menerima pembinaan menara telekomunikasi baharu sebanyak 40 unit.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Arthur Joseph Kurup berkata, 44 unit lagi menara sedia ada akan dinaik taraf kepada rangkaian 4G.

“Kesemua ini akan dilaksana dibawah Program JENDELA Parlimen Pensiangan, dengan ini penduduk akan dapat menikmati rangkaian telekomunikasi yang lebih luas.

“Usaha ini juga menunjukkan bahawa kawasan luar bandar tidak tercicir daripada arus pembangunan,” katanya dalam satu kenyataan di sini selepas menyampaikan Bantuan Awal Persekolah (BAP) dan Sumbangan Kelengkapan Sekolah Kepada Murid-Murid di Sekolah Kebangsaan Mansiat, hari ini.

Beliau berkata, Kerajaan meluluskan projek pembangunan menaik taraf telekomunikasi agar penduduk luar bandar mampu menikmati kemudahan yang disediakan.

Katanya, usaha itu bertujuan bagi merapatkan jurang perbezaan diantara bandar dengan luar bandar serta jurang perbezaan antara Sabah, Sarawak dengan Semenanjung.

Tambahnya lagi, projek pembangunan rangkaian telekomunikasi ini dijangka akan disiapkan pada tahun 2022.

“Oleh itu, penduduk diluar bandar khususnya di Parlimen Pensiangan akan dapat menikmati talian internet dan telekomunikasi yang lebih baik dari sekarang,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top