40% hasil Sabah: Pendengaran ditangguh ke 24 Mei

TS-Pandikar.jpg

Bekas Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia (bertopi merah) adalah antara pemimpin yang hadir bagi mengikuti perbicaraan di Mahkamah Rayuan hari ini. (Kredit foto: FB USNO Online

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan menangguhkan pendengaran rayuan Kerajaan Persekutuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu yang membenarkan semakan kehakiman difailkan Persatuan Undang-Undang Sabah (SLS) terhadap kerajaan persekutuan berkaitan isu 40% hak hasil negeri.

Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Ravinthran N. Paramaguru, Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan Dr Choo Kah Sing, yang bersidang di sini, menetapkan 24 Mei untuk pengurusan kes sebelum mengeluarkan penghakiman mereka.

Hari ini, ketiga-tiga pihak dalam kes itu – iaitu Persatuan Undang-undang Sabah, Jabatan Peguam Negara Persekutuan dan kerajaan Sabah – menyelesaikan penghujahan masing-masing untuk kes itu.

 

Sumber: The Star

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top