4 Faktor Agong Mungkin Tolak Nasihat PM Bubar Parlimen Dalam Masa Terdekat

Prof-Madya-Dr-Muhammad-Fathi-Yusof.jpg

Dr Muhammad Fathi

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, boleh menolak nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, untuk membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Pensyarah Undang-Undang dan Polisi di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Madya Dr Muhammad Fathi Yusof, menggariskan empat faktor yang boleh dijadikan asas kepada penolakan Seri Paduka untuk tujuan membubarkan Parlimen.

Pertama, katanya, Perdana Menteri ketika ini tidak mewakili sebuah parti atau gabungan parti secara ‘solid'(kukuh), dengan amalan sebelum ini nasihat Perdana Menteri sudah dianggap mewakili Kabinet tanpa perlu dipersoalkan.

“Namun kini, jika Perdana Menteri menasihati Yang di-Pertuan Agong untuk pembubaran Parlimen, ia belum mewakili keseluruhan anggota jemaah menteri yang mewakili kerajaan.

“Maka nasihat Perdana Menteri mungkin ditolak atas alasan ia tidak dibuat secara kolektif sedangkan Perlembagaan memberikan penekanan kepada konsep ‘tanggungjawab bersama’ sepertimana di bawah Perkara 43(3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Sebab penolakan kedua pula, katanya sebagaimana keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat pengisytiharan darurat berteraskan kepentingan awam, maka tidak mustahil nasihat Perdana Menteri untuk pembubaran Parlimen juga ditolak berasaskan kepentingan awam.

“Kepentingan awam boleh merujuk kepada beberapa faktor termasuklah ketidaksesuaian Pilihan Raya Umum (PRU) dilaksanakan pada musim tengkujuh dan faktor pembaziran jika PRU di peringkat Parlimen tidak berjalan serentak dengan pilihan raya peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) di beberapa negeri.

Baca seterusnya di BH

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top