39 Kompaun Rentas Daerah Dikeluarkan Di Sabah Setakat Hari Kedua Aidilfitri

Datuk-Hazani.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 39 individu dikompaun atas kesalahan merentas daerah tanpa kebenaran polis setakat hari kedua Aidilfitri.

Untuk hari raya kedua sahaja, empat kompaun dikeluarkan atas kesalahan merentas daerah berbanding 35 kompaun yang dikeluarkan pada hari sebelumnya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata, daripada tujuh kompaun melanggar prosedur operasi standard (SOP) semalam, empat kompaun bagi kesalahan merentas daerah tanpa kebenaran.

Pada hari pertama Aidilfitri, daripada 65 kompaun melanggar SOP dikeluarkan, separuh daripadanya adalah kesalahan merentas negeri atau daerah tanpa kebenaran.

Secara keseluruhan, tahap pematuhan SOP Perintah Kawalah Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Sabah pada hari kedua Aidilfitri adalah 96 peratus.

Sementara itu, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Masidi Manjun berkata, daripada 17,910 buah kenderaan diperiksa dalam 53 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh Sabah semalam, 218 kenderaan diarah berpatah balik.

Untuk hari pertama Aidilfiri, sebanyak 22,322 buah kenderaan diperiksa dan 218 kenderaan di arah berpatah balik.

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top