387 Warga Filipina Dipindahkan ke Negara Asal Malam Tadi

sharifah-sitti-saleha-imigresen-sabah.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seramai 387 orang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Filipina dipindahkan ke negara asal mereka melalui Pelabuhan Sandakan malam tadi.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff (gambar) berkata, 372 daripada mereka adalah lelaki manakala 14 adalah perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki berumur di bawah 12 tahun.

“Semua warga asing itu sebelum ini ditahan di Depot Imigresen Tawau sebelum dipindahkan menggunakan feri MV Antonia terus ke Zamboanga, Filipina.

“Warga asing itu ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara ini,” katanya pada kenyataan hari ini.

Beliau berkata, semua warga asing diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan sah dan permit kerja yang dibenarkan.

“JIM Sabah komited untuk melakukan operasi penguatkuasaan dan pemindahan warga asing selepas mereka melalui semua tindakan penguatkuasaan dan proses perundangan negara,” katanya. – HMetro

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top