384 pegawai, anggota IPD Tawau bertugas kembara Tuanku

ACP-Jasmin.jpg

ACP Jasmin (gambar fail)

Kongsi Bersama

TAWAU: Seramai 384 pegawai dan anggota polis ditugaskan di daerah ini sempena ‘Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku’ Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin AL-Mustafa Billah Shah bermula hari ini dan esok.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya sudah menyusun atur penugasan itu bagi kelancaran perjalanan kembara berkenaan.

“Untuk program kembara ini, polis sudah mengatur gerak penugasan di daerah Tawau dimana keseluruhannya melibatkan seramai 384 petugas pelbagai unit.

“Ia terdiri daripada Anggota Tugas Am, Pasukan Gerakan Am (PGA) Unit Udara dan Pasukan Polis Marin (PPM),” katanya ketika ditemui media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, di sini hari ini.

Katanya, penugasan itu melibatkan beberapa lokasi di daerah ini akan dikawal ketat oleh pasukan polis yang dikenal pasti sebagai destinasi Tuanku beserta rombongan.

“Kita juga sudah mengatur gerakan penugasan kawalan lalu lintas melibatkan beberapa jalan di daerah ini seperti Jalan Apas, Jalan Dunlop, Jalan Kuhara dan Jalan Persisir.

“Anggota trafik akan diletakkan disemua jalan berkenaan bagi mengawal lalu lintas sepanjang pergerakan Tuanku Agong dan rombongan,” katanya.

Jasmin berkata, ketika pelepasan konvoi Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku pada jam 7.30 pagi esok, orang ramai dinasihatkan keluar lebih awal bagi mengelak kesesakan lalu lintas.

“Pelepasan rombongan Yang Dipertuan Agong akan bermula daripada monumen ‘0’ kilometer di Jalan Dunlop.

“Justeru, saya menyeru masyarakat yang ingin turut memeriahkan pelepasan ini supaya turun awal ke lokasi dan mematuhi peraturan,” katanya.

Untuk rekod Kembara Borneo Dirgahayu Tuanku Agong bersama Permaisuri Agong bermula dari Monumen ‘0’ kilometer Tawau sehingga ke Teluk Melano Sarawak.

Perjalanan kembara Tuanku melibatkan lebih 2,154 kilometer melalui jalan darat lebuh raya Pan Borneo yang merentasi Sabah, Brunei dan Sarawak. – Utusan Borneo

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top