KUANTAN: Sebanyak 382 menara telekomunikasi baharu akan dibina di seluruh Sabah bagi meningkatkan kemudahan jalur lebar dan perkhidmatan 4G terutama menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, 26 September ini.
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata pada masa sama, 924 alat pemancar di menara komunikasi sedia ada di negeri itu akan dinaik taraf manakala 251,166 premis akan disediakan capaian gentian optik untuk memberikan liputan yang lebih meluas.
Katanya, kemudahan itu antara langkah segera yang dilaksanakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menghadapi PRN Sabah.
“Saya akan ke Sabah esok untuk meninjau dua perkara iaitu kerja menaik taraf capaian jalur lebar dan persiapan menyediakan kemudahan pusat media.
“Namun, perkara mustahak yang diberikan keutamaan ialah kemudahan internet di pusat pengiraan undi dan penamaan calon,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Aspirasi Merdeka IM Malaysia 202 di Kompleks Dagangan Mahkota, di sini semalam.
Setakat ini, katanya SKMM sudah membuat persiapan kerana semua pihak akan bertumpu di Sabah sepanjang pilihan raya berkenaan.
“Dari segi capaian internet di Sabah ketika ini, ia tidak sebaik di Semenanjung. Sebab itu kita menambah baik dan menaik taraf menara telekomunikasi untuk memastikan capaian internet lebih baik,” katanya.
Persoalannya akan siap tahun ini ka atau wawasan 2040?
Janji politik sja tu kan😪
JANGAN LUPA 1 MANARA CELCOM DI KG MIRURU 89308 RANAU SABAH P179 RANAU YB JONATHAN YASIN MEMBANTI TUMBANGKAN PAKATAN HARAPAN TERIMA KASIH IKHLAS DARIPADA SAFRY BIN AMBUDANG HP 0193000817 SEKIAN.
Umpan prn ba ni kan
Tolonglah jadikan ya! Radu Laut Kota Marudu punya internet punyalah perlahan. Terkejut aku nampak kura-kura berlari laju. Tahun ini aku ingatkan kereta terbang semua. Rupanya sama juga?
Harap diambil perhatian kawasan kawasan PPR Taman Korongkom JAYA Kota Marudu Jarak lebih kurang 2.5 KM dari Pekan Kota Marudu capaian Internet sangat lambat macam siput saja. Tolonglah.