38,000 nelayan terima RM300 – Arthur

arthur.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sudah menyalurkan Elaun Sara Hidup Nelayan RM300 kepada 38,000 orang nelayan di seluruh negara, tahun lalu.

Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Arthur Joseph Kurup, berkata bantuan itu membabitkan dana RM136,800,000 dengan seramai 7,502 orang penerima ialah nelayan di Sabah, manakala 5,490 adalah nelayan Sarawak.

“Bantuan ini ibarat talian hayat bagi golongan nelayan terutama dalam berdepan ketidaktentuan hasil tangkapan laut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Penyerahan Bantuan Elaun Sara Hidup Nelayan Bagi Persatuan Nelayan Kawasan Kota Kinabalu di sini, pada Jumaat.

Selain elaun nelayan, beliau turut menyampaikan Skim Tabung Bantuan Bencana Alam dan Kebajikan Nelayan serta Bantuan Peralatan Penangkapan Ikan, khusus untuk Sabah bagi tahun ini.

Sumber: BHarian

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top