37 kluster inap desa di 17 daerah di Sabah

joniston.jpg

Datuk Joniston Bangkuai (gambar fail)

KOTA KINABALU: Terdapat 37 kluster inap desa di 17 buah daerah dengan bilangan sebanyak 459 peserta di seluruh Sabah setakat ini, kata Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

“Bagi menjalin keterlibatan secara berterusan dengan pengusaha inap desa yang berdaftar, Kementerian sentiasa berkerjasama rapat dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) yang menjadi penyelaras program inap desa di Malaysia.

“Pelbagai kursus ditawarkan oleh MOTAC untuk meningkatkan kemahiran kepada para pengusaha inap desa seperti pemasaran digital, asas bahasa, Mesra Malaysia, kelestarian alam dan lain-lain lag,i”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr Yusof Yacob (GRS-Sindumin) di Sidang DUN Sabah semalam tentang berapa banyak jumlah inap desa terdapat di Sabah dan apakah inisiatif atau program dilaksanakan kementerian untuk menjalin keterlibatan secara berterusan dengan pengusaha inap desa terutama mengelakkan mengambil kesempatan daripada industri berkenaan.

Joniston berkata MOTAC juga sentiasa mengadakan mesyuarat tahunan bersama penyelaras kluster inap desa bagi mendapatkan maklum balas serta mengenal pasti masalah dihadapi termasuk isu-isu semasa berkenaan scammer dan penipuan.

“Bagi mengelakkan kes-kes sedemikian berleluasa, pihak MOTAC membangunkan laman sesawang iaitu Program Pengalaman Homestay Malaysia membolehkan senarai pengusaha inap desa diperoleh untuk dijadikan panduan,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top