335 Penduduk Kg Imbak Bangkulat Bakal Terima Geran Tanah

masiung-tanah.jpg
Kongsi Bersama

TONGOD: Geran tanah yang pernah dijanjikan ADUN Kuamut, Datuk Masiung Banah  pada pilihan raya lalu, bakal diterjemahkan menjadi kenyataan tidak lama lagi dengan sebilangan besar lot tanah milik penduduk yang dipohon telah diukur, manakala selebihnya sedang dalam proses pengukuran oleh Jabatan Tanah dan Ukur (JTU)

Masiung berkata sebanyak 335 lot tanah melibatkan 335 individu di Kampung Imbak Bangkulat, di sini, bakal menerima geran tidak lama lagi.

Beliau berkata demikian pada majlis pengukuran pantas di kampung berkenaan.

“Saya mahu bila geran tanah ini sudah dikeluarkan nanti. ia dijaga sebaik-baiknya kerana untuk memiliki geran tanah ini bukanlah satu perkara yang mudah,” kata beliau.

Menurutnya, pemohon-pemohon di Kampung Imbak Bangkulat terpaksa menanti selama lapan tahun sebelum impian mereka menjadi kenyataan.

“Ini disebabkan JTU memerlukan masa untuk memulakan kerja-kerja pengukuran sebab jabatan itu sibuk dengan tugasan di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau yang juga pengerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Sabah (LPPB) mengulangi kenyataan sebelum ini yang meminta supaya penduduk kampung yang telah memiliki geran tanah, atau bakal memiliki geran tanah kelak, tidak dengan sengaja  menjual geran tanah itu kepada mana-mana syarikat atau individu lain.

Masiung turut berterima kasih atas kesabaran penduduk Imbak Bangkulat, dan kerjasama semua pihak yang terlibat dalam usaha tersebut.

Difahamkan satu tarikh akan ditetapkan bagi menjemput Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Nor untuk penyerahan geran tanah tersebut kepada penduduk.

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top