31 Bayi Positif COVID-19 di Sabah

baby-covid.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Seramai 31 bayi berusia di bawah satu tahun antara disahkan positif COVID-19 daripada keseluruhan 3,487 kes dilaporkan di Sabah semalam, demikian menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun.

Jurucakap khas COVID-19 Sabah itu berkata, 297 orang yang dilaporkan pula terdiri kanak-kanak berusia antara satu hingga lima tahun dan 632 orang berusia antara enam hingga 17 tahun.

“Majoriti pesakit iaitu 2,240 kes adalah mereka dalam lingkungan umur 18 hingga 59 tahun dan selebihnya warga emas berusia 60 tahun dan lebih,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Beliau berkata, seluruh daerah di Sabah juga mencatatkan perubahan angka kes positif COVID-19 yang terus meningkat dengan jumlah 1,992 kes dikesan melalui saringan kontak rapat.

“Dapat disimpulkan masih terdapat kebarangkalian yang tinggi berlakunya aktiviti ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) yang digariskan walaupun pelbagai seruan dan saranan dilakukan oleh pihak kerajaan.” katanya.

Masidi berkata, terdapat satu kluster baharu dilaporkan di Sabah semalam iaitu Kluster Hamparan 2 di Kinabatangan yang juga kluster tempat kerja di sebuah ladang sawit di Mukim Sukau membabitkan 21 kes kumulatif sehingga Khamis.

“Kes indeks adalah pembantu klinik wanita di ladang itu berusia 24 tahun yang disahkan positif COVID-19 pada 18 Ogos selepas bergejala sejak 12 Ogos. Daripada 77 kontak yang disaring terdapat 20 orang kontak sosial, pekerja dan tanggungan turut dijangkiti,” katanya. – BERNAMA

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top