30,000 orang dijangka hadir Program Gelombang Selawat di Tawau

tawau-bersalawat.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Penduduk di daerah ini dan sekitarnya diharap tidak melepaskan peluang hadir memeriahkan Program Gelombang Selawat, bermula hari ini (29 September) hingga 1 Oktober ini.

Program yang mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) itu akan dirasmikan oleh Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Pengerusi Penganjur, Liana Friska Ramlee berkata, banyak program menarik yang diadakan sempena program itu berlangsung.

Katanya, buat julung kalinya sebanyak lebih 50 koleksi barangan peninggalan Nabi Muhammad SAW dan Saidatina Fatimah Az-Zahrah (RA) dibawa dari negara Brunei untuk tatapan pengunjung program ini.

“Kami turut mengundang tetamu khas iaitu Sheikh Kamal Al-Hasani Khadim Athar Nabawi untuk menyampaikan pengisian agama pada malam kemuncak 30 September ini.

“Pameran yang dibuat di perkarangan MPT itu boleh dikunjungi oleh orang ramai secara percuma,” katanya ketika mengadakan sidang media, di sini, kelmarin.

Selain itu, katanya, pengunjung juga akan dihiburkan dengan persembahan lagu dari kumpulan nasyid terkenal tanah air iaitu Rabbani.

Menurutnya, program yang diadakan sempena sambutan Maulidur Rasul itu juga diisi dengan pelbagai pertandingan seperti nasyid, azan, hafazan, bercerita, kompang dan mewarna untuk kanak-kanak.

“Sebanyak 50 tapak turut disediakan untuk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) menjual produk mereka pada hari berkenaan,” katanya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top