3,000 naskah al-Quran disumbangkan kepada 10 sekolah di Tawau

sumbangan-al-quran.jpg
Kongsi Bersama

TAWAU: Sebanyak 3,000 naskah al-Quran disumbangkan Yayasan Ade Azhar kepada 10 sekolah menengah dan rendah di sekitar daerah ini.

Pegawai Yayasan Ade Azhar, Muhamamd Nur Fahmi Mohd Aris berkata, visi utama program penyerahan al-Quran ini adalah untuk menyebarkan pengetahuan kepada masyarakat yang memerlukan di sekitar daerah Tawau.

Katanya, selain itu penyerahan ini adalah bertujuan meningkatkan pemahaman tentang ajaran Islam serta al-Quran sebagai sumber ajaran utama dalam Agama Islam

“Kami dari Yayasan Ade Azhar hanya menjalankan amanah daripada para penginfaq untuk dimanfaatkan sepenuhnya kepada penerima.

“Antara tujuan lain iaitu, kita ingin membuat satu dokumentasi yang menyatakan bahawa kami Yayasan Ade Azhar telus dalam membuat penghantaran Infaq al-Quran,” katanya kepada Sabah News Today semalam.

Muhamamd Nur Fahmi berkata, antara sekolah menerima sumbangan ini termasuk Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Titingan, (500) naskah, SMK Sekolah Kalabakan, (250) naskah, SMK Tawau (350) naskah.

“Selain itu, SMK Tawau II (250) naskah, Sekolah Kebangsaan (SK) Bahagia (200) naskah, SK Batu 4 Jalan Apas (250) naskah, SK Sentosa (250) naskah.

“Sekolah lain termasuk, SK Kukusan (500) naskah, SK Taman Tawau (220) naskah serta Sekolah Rendah Islam Al Fateh Bandar Seri Indah (230) naskah,” jelas Muhamamd Nur Fahmi.

Menurutnya, semoga pemberian al-Quran ini dapat memberi manfaat kepada mereka yang terlibat sekali gus menjadi asbab untuk lebih rajin membaca al-Quran.

Program Penyerahan al-Quran ini dihadiri pegawai dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Tawau (JHEAINS) Muhammad Sofian Muhammadin. – SABAH NEWS TODAY

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top