300 ketua penerangan Gagasan Rakyat akan berseminar di SICC

masiung-1.jpg

Masiung akan menyampaikan ceramah bertajuk 'Solidariti Menuju Pilihan Raya'

Kongsi Bersama

Oleh: Yussof J. Imbang

KOTA KINABALU: Seramai 300 peserta terdiri daripada Ketua-ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dari 74 bahagian parti itu termasuk Labuan akan menghadiri seminar sehari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada 8 November ini.

Setiap bahagian parti itu akan diwakili empat peserta terdiri daripada ketua penerangan tiga sayap utama parti itu dan ketua penerangan bahagian masing-masing.

Ahli-ahli Majlis Tertinggi serta beberapa Ketua-ketua Bahagian Gagasan Rakyat turut dijemput menghadiri seminar tersebut.

Pengisian utama seminar sehari itu ialah sesi ceramah bertajuk ” Solidariti Menuju Pilihan Raya ” yang akan disampaikan oleh Naib Presiden parti itu, Datuk Masiung Banah yang akan mengupas mengenai isu-isu semasa menjelang kempen Pilihan Raya Negeri ke-17 tahun hadapan.

Para peserta juga berpeluang untuk berdiskusi mengenai hala tuju Gagasan Rakyat dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama Pakatan Harapan (PH) menjelang pilihan raya negeri dan pilihan raya parlimen akan datang.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri yang juga Naib Presiden 1 Gagasan Rakyat, Datuk Dr. Haji Mohd. Ariffin Arif akan merasmikan seminar tersebut yang dihoskan Ketua Penerangan parti itu, Datuk Nizam Datuk Abu Bakar Titingan.

Gagasan Rakyat dijadualkan mengadakan Persidangan Agung Tahunan 2024 bermula pada 9 November ini melibatkan persidangan tiga sayap Pemuda, Wanita dan Beliawanis yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden parti, Datuk Seri Masidi Manjun.

Sementara itu, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat akan merasmikan Persidangan Agung Tahunan induk pada 10 November di SICC.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top