300 Belia Sertai LDP

belia-join-LDP.jpg
Kongsi Bersama

Sekurang-kurangnya seramai 300 belia dari kalangan bumiputera telah menyertai Parti Liberal Demokratik (LDP) cawangan Api-Api.

Mengiringi Pengerusi LDP Api-Api Sim Fui ialah Kennedy Romero Wong, seorang berketurunan etnik SinoKadazan yang mewakili 300 belia menyerahkan borang keahlian baharu kepada Setiausaha Agung LDP Datuk Yong Wui Chung di sini baru-baru ini.

Majlis berkenaan disaksikan oleh Presiden LDP Datuk Chin Su Phin.

Sim Fui  berkata, ahli baharunya terdiri daripada Sino Kadazan, Kadazan dan Dusun kagum dengan perjuangan parti.

“Para belia ini akan menguatkan lagi kerja-kerja komuniti LDP di kawasan luar bandar,” katanya. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top