30 Sekolah Terima Bantuan Naiktaraf Makmal Sains

arifin-arif.jpg

Datuk Dr Arifin Arif (gambar fail)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: 30 buah sekolah terpilih melibatkan sekolah menengah dan sekolah rendah di Sabah akan menerima peruntukan sebanyak RM600,000 pada tahun ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, peruntukan yang disalurkan kementerian tersebut adalah bagi membantu usaha menaiktaraf makmal sains yang ada di sekolah masing-masing.

Katanya, setiap sekolah akan menerima peruntukan sebanyak RM20,000 sekali gus akan dapat meningkatkan minat para pelajar kepada subjek Sains.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Ihya Ramadan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah di Wisma Bandaraya pada kelmarin.

Sementara itu pada majlis tersebut, Arifin turut menyaksikan penyerahan sumbangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah kepada KSTI, sumbangan kepada sekolah-sekolah bagi tujuan naiktaraf makmal sains dan turut menyerahkan sumbangan kepada Pelajar Tahfiz Al-Quran As-Syatibiyah. – SABAHitz On9 TV

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top