30 PTI Ditahan Di Perairan Kudat

pATI.jpg
Kongsi Bersama

Seramai 30 pendatang tanpa izin (PTI) ditahan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) Kudat dan Jabatan Imigresen Kudat dalam Operasi Bersepadu di perairan Kudat, pagi kelmarin.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Kudat ASP Cyril Douglas berkata, pihaknya bersama Jabatan Imigresen Kudat menahan dua buah kapal nelayan yang sedang menjalankan aktiviti perikanan di perairan berkenaan kira-kira jam 11.50 pagi.

“Pemeriksaan terhadap kedua-dua buah kapal berkenaan mendapati 30 lelaki dewasa gagal mengemukakan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan yang diaporkan Sabah360 Online.

Katanya, kesemua PTI terbabit dibawa ke Markas Operasi PPM Kudat dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk disiasat mengikut Akta Imigresen 1959.

Dalam pada itu, Cyril berkata, PPM Wilayah 4 Sabah sentiasa mengalu-alukan maklumat daripada seluruh komuniti maritim untuk melaporkan sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang secara terus ke talian 24 jam atau menggunakan aplikasi WhatsApp ke Pusat Komunikasi PPM Sabah di talian 013-9391197.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top