30 Penjaja Pasar Tani Terima Bantuan

fama-labuan.jpg
Kongsi Bersama

LABUAN: Seramai 30 penjaja di bawah Lembaga Pemasaran  Pertanian (FAMA) yang berniaga di Pasar Tani  Labuan Walk menerima bantuan Kembara Prihatin Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Labuan, baru-baru ini.

Bantuan berbentuk makanan itu disampaikan kepada penjaja dalam kalangan B40 yang terjejas pendapatan susulan pandemik COVID-19.

Pada program itu, Yayasan Pembangunan Labuan (YPL) turut menyerahkan bantuan wang tunai bagi membantu persekolahan anak-anak penjaja berkenaan.

Majlis penyerahan bantuan disampaikan oleh Pengarah JKM Labuan Ansharey Matarsad dan Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Supian Musa di Tapak Pasar Tani Labuan Walk.

Katanya, program Kembara Prihatin Negara yang diadakan kali ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Penerangan Wilayah Persekutuan Labuan, FAMA dan Yayasan Pembangunan Labuan (YPL).

“Program yang berasingan JKM Labuan dengan kerjasama Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Labuan turut menyerahkan bantuan Kembara Prihatin Negara fasa dua secara ‘pandu lalu’ kepada 110 penjaja Pasar Sentral, Pusat Tranformasi Bandar (UTC) yang diadakan di pekarangan JKM Labuan, baru-baru ini,” katanya. – Utusan Borneo


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top