30 Peniaga Pasar Besar KK Terima Bantuan Bakul Makanan

bantuan.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: 30 peniaga Pasar Besar Kota Kinabalu (tingkat atas) telah menerima bantuan bakul makanan semalam.

Bantuan tersebut disumbangkan oleh Goon Thien Shang, yang merupakan Pegawai Khas kepada Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr. Joachim Gunsalam.

Menurut Goon, peniaga-peniaga tersebut terjejas akibat pandemik Covid-19.

Sehubungan itu, Goon juga berharap agar peniaga di Pasar dapat meneruskan perniagaan seperti sedia kala dan mengamalkan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top