3 Tahanan Di Hospital Mesra Bukit Padang Melarikan Diri

tahanan-lari.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Tiga tahanan di Hospital Mesra Bukit Padang, Luyang, di sini melarikan diri pagi tadi dan kini dalam buruan polis.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah yang mengesahkan perkara ini ketika dihubungi berkata, kesemua tahanan dilaporkan melarikan diri pada jam 10:30 pagi tadi setelah salah seorang petugas menyedari seorang daripada mereka sedang memanjat tembok di belakang wad.

Katanya, petugas berkenaan bersama salah seorang rakan dan pengawal keselamatan kemudian membuat pemeriksaan dan cuba menangkapnya namun tidak dapat dikesan.

Mohd Zaidi berkata, kesemua suspek ini adalah tahanan yang terlibat dalam kes narkotik dan telah dimasukkkan ke Hospital Mesra atas arahan Mahkamah di bawah Seksyen 342 CPC kerana kesemua mereka ini disyaki mempunyai masalah mental dan diarahkan untuk menjalani rawatan selama sebulan sebelum dihadapkan kembali ke mahkamah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis terdekat.

Sumber: Warta Oriental

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top