3 Rumah, 5 Kenderaan Musnah Dijilat Api Di Penampang

kebakaran-penampang.jpg
Kongsi Bersama

PENAMPANG: Seorang lelaki wargaemas berusia ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri semasa kebakaran yang memusnahkan tiga buah rumah, tiga buah kenderaan dan dua buah motosikal serta merosakkan dua buah rumah lain di sebuah taman perumahan, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi(PGO) Bomba Sabah, panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut diterima menerusi talian MERS999 pada jam 5.11 pagi dan sepasukan bomba diketuai PegawaiOperasi, PKPgB Zeno Tinggalan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang bergegas ke lokasi.

Mereka dibantu oleh pasukan bomba daripada BBP Kota Kinabalu dan BBP Lintas.

Kebakaran melibatkan lima buah rumah jenis kekal tidak bertingkat dan luas keseluruhan 80X35 kaki persegi di manatiga buah rumah telah terbakar 100% manakala dua buah rumah lagi terbakar 20% terkena bahangan.

Turut terbakar ialah lima buah kenderaan iaitu Mazda RX8, Proton Iris dan Toyota Corolla Sedan serta dua buah motosikal yang telah terbakar 100%.

Semasa ketibaan pasukan bomba didapati seorang lelaki warga emas dalam usia 60an dalam keadaan tidak sedarkan diri di luar rumah dipercayai trauma akibat kebakaran tersebut. Pasukan EMRS Bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa sebelum menyerahkan kepada ambulans yang turutberada di lokasi untuk tindakan selanjutnya.

Operasi pemadaman oleh pasukan BBP Kota Kinabalu menggunakan 2 aliran 200 kaki 3 pancutan manakala pasukan BBP Lintas pula 2 aliran 300 kaki 3 pancutan menggunakan sumber air pili bomba berhampiran.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 5.43 pagi dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 8.03 pagi.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top