3 Kenderaan Bertembung Di Kota Belud: 1 Parah, 7 Selamat

xcident-kota-belud.jpg

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Saga. – Ihsan Bomba

Kongsi Bersama

KOTA BELUD: Seorang lelaki beruscia 32 tahun cedera parah manakala tujuh orang lagi selamat dalam kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan di jalan raya Kampung Kesapang di sini malam tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sabah, mangsa yang cedera parah itu merupakan pemandu kereta jenis Proton Ssga yang terlibat dalam kemalangan itu.

Kenderaan yang dua lagi ialah sebuah Ford Ranger yang dinaiki oleh tiga orang dan sebuah Isuzu D-Max dinaiki empat orang.

Panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 9.28 pagi menerusi talian MERS 999 dan sepasukan anggota diketuai Pegawai Operasi, PBK II Zulfadli Usman daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud bergegas ke lokasi.

Mangsa yang tersepit dalam Proton Saga berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan jentera EMRS untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.18 malam.

 

Sumber: Warta Oriental

 

 

 

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top