3 Bulan Penduduk Sandakan Minum ‘Air Rasa Masin’: Vivian Gesa Pengarah JANS Dilucut Jawatan

vivian.jpg

Vivian (Gambar fail)

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Ahli Parlimen Sandakan Vivian Wong menggesa agar Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dilucut jawatan serta-merta dan memohon maaf atas pengurusan yang gagal dan ketidakcekapan kerja yang menyebabkan penduduk Sandakan masih terpaksa menggunakan dan meminum “air masin” selama hampir tiga bulan.

Selain itu, bekalan air sering terputus di kawasan bandar itu selepas Loji Rawatan Air Segaliud ditutup beberapa kali untuk kerja-kerja pembaikan paip dan berkaitan.

Sejak akhir November tahun lalu, masalah kualiti air terus berlaku di Sandakan,” ujarnya.

Air di setiap isi rumah di Sandakan juga adalah sangat masin,” tambahnya.

Vivian berkata, ramai yang terkesan dengan hal itu termasuk sejumlah yang melaporkan mengalami alahan kulit dan ia juga menyebabkan orang ramai panik serta tidak berdaya melakukan apa-apa kerana masalah itu tidak berpenghujung sehingga kini.

Menurut Vivian beliau telah berulang kali bertemu dengan pihak Jabatan Air Negeri Sabah (JANS) selepas bermulanya kejadian air masin pada bekalan air bersih di Sandakan di mana beliau berharap pihak JANS akan menyelesaikan masalah itu dengan segera.

Beliau telah bertanya dan bertemu berkali-kali serta mendapat penjelasan yang tidak terkira banyaknya.

Tetapi sudah tiga bulan berlalu dan masalah sama masih belum selesai di mana kita juga diberitahu perlu menunggu alat ganti dari luar negara untuk pembaikan.

Sepanjang tempoh ini juga, kita tidak pernah melihat pengarah JANS mengambil apa-apa tindakan untuk menyelesaikan perkara ini seolah-olah tiada apa yang berlaku,” tambahnya.

Katanya, sikap dan amalan seperti itu benar-benar tidak boleh di terima sama sekali kerana kesihatan rakyat penting dan perlu dijaga dijaga dengan sebaiknya.

Pada masa sama, beliau menegaskan bahawa tugas penjawat awam adalah berkhidmat kepada rakyat dan menjadi jambatan penghubung antara kerajaan dan rakyat.

Justeru beliau mahu mereka yang diberi tanggungjawab untuk menjalankan amanah dan kerajaan perlu kaji semula untuk melantik mereka yang benar-benar berkelayakan menjawat jawatan itu demi untuk penambahbaikan yang diperlukan.

Dalam pada itu, Vivian turut mencadangkan agar kerajaan Sabah mengecualikan warga Sandakan daripada bayaran air sehingga 6 bulan.

Ini kerana rakyat Sandakan telah terpaksa membeli air mineral dan air minuman sejak beberapa bulan lalu yang menyebabkan beban keluarga  bertambah,” katanya. – Jesselton Times

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top