3.6 tan ayam untuk 450 keluarga, hasil kumpul 12 tan sampah

plastic-for-food.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 12 tan sampah berjaya dikumpulkan sempena Program Plastic For Food membabitkan dua kampung di Pulau Gaya.

Menerusi program membabitkan penduduk Kampung Torong Logong dan Lobong itu semua sampah berkenaan ditukarkan dengan 3.6 tan ayam yang diberikan kepada 450 keluarga.

Penduduk Kampung Torong Logong, Salina Banda, 33, berkata, dia bersama empat ahli keluarga mengambil masa kira-kira satu jam untuk mengumpulkan lapan plastik besar sampah di sekitar kawasan rumah.

“Sampah paling banyak yang kami ditemui adalah botol air mineral dan bakul plastik. Tidak dinafikan sebilangan sampah dibuang penduduk, namun ada juga sampah hanyut dari tanah besar ketika air pasang dan terdampar di kampung sekitar Pulau Gaya apabila air laut surut.

“Selaku penduduk di pulau ini, kita menyambut baik program seperti ini kerana boleh memberi kesedaran mengenai kepentingan menjaga kebersihan dan tidak membuang sampah sesuka hati,” katanya ketika ditemui media pada program di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pulau Gaya, di sini pada Ahad.

Program yang julung kali diadakan itu dianjurkan Shangri-La Tanjung Aru Resort (STAR).

Sementara itu, Pengerusi Tanjong Aru Hotel Sdn Bhd, Datuk Edward Dagul, berkata penduduk boleh menukar setiap satu plastik sampah yang dikumpulkan dengan satu kilogram ayam.

“Sambutan sangat memberangsangkan apabila kita berjaya mengumpul kira-kira 12 tan sampah yang kemudian kita tukarkan dengan 3.6 tan ayam untuk diberikan kepada penduduk di dua kampung terbabit.

“Semua sampah ini akan diserahkan kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk dibawa ke pusat pelupusan sampah Kayu Madang,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top