299,210 Bakul Makanan Telah Diagihkan Kepada 27 Daerah

shahelmy.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat telah mengagihkan sebanyak 299,210 bakul makanan kepada 27 daerah di seluruh Sabah setakat semalam.

Menterinya Ir.Shahelmey Yahya berkata, daerah-dareah itu ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

“Pada hari ini sebanyak 787 bantuan bakul makanan telah diagihkan melibatkan 13 daerah iaitu daerah Tawau (132), Kinabatangan (7), Beluran (4), Putatan (23), Tuaran (289), Kota Belud (43), Papar (19), Ranau (31), Kuala Penyu (81), Nabawan (8), Tenom (13), Kudat (83) dan Pitas (54),” katanya dalam kenyataan akhbar, di sini, pada Khamis.


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top