28 Nelayan Terima Bantuan Peralatan Daripada Ketua Menteri

hajiji-bantuan-nelayan.jpg
Kongsi Bersama

TUARAN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menyerahkan bantuan peralatan nelayan kepada 28 penerima dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Dewan Terbuka Masjid Haji Noor Kampung Serusup, pada Sabtu.

15 daripada mereka menerima bantuan peralatan nelayan dibawah Peruntukan Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.12 Sulaman.

Sementara 13 lagi menerima bantuan dibawah Program Basmi Muskin Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM) dibawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) Fasa 1, tahun 2022.

Hajiji yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sulaman dalam ucapannya berkata, Kerajaan Negeri berusaha mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini dengan memberikan pelbagai bantuan kepada golongan sasar.

Katanya, Kerajaan menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) merancang pelbagai program bantuan khusus untuk kesejahteraan rakyat tanpa mengira bangsa dan agama.

“Inilah perjuangan Kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) yang fokus membangun negeri ini dan juga kesejahteraan rakyat”, tegasnya.

Beliau juga mengingatkan para penerima bantuan agar menggunakan bantuan peralatan nelayan itu sebaik mungkin bagi meningkatkan sosioekonomi dan pendapatan keluarga.

“Dengan pelbagai bantuan yang diberikan oleh kerajaan, rakyat sendiri juga perlu berusaha membantu keluarga mereka agar dapat keluar daripada kepompong kemiskinan”, tegasnya.

Sementara itu, Hajiji yang Pengerusi GRS juga meminta rakyat negeri ini tanpa mengira bangsa dan kepercayaan agar menyokong calon-calon yang diketengahkan oleh Kerajaan GRS-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15.

“Siapa juga calon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan parti GRS dan BN, kita mesti sokong dan pastikan calon-calon kita menang di seluruh Sabah”, tegasnya.

Turut hadir di majlis itu ialah Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Abd.Kassim Razali, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Johari Saiman dan Pegawai Daerah Tuaran, Syhrin Samsir. – Jesselton Times

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top