28 Lagi Kes VOC Dikesan Di Sabah, 26 Daripadanya Delta

noor-hisham-2.jpg

PUTRAJAYA, 9 Nov -- Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengadakan sidang media harian berkenaan jangkitan COVID-19 di Kementerian Kesihatan hari ini. Sebanyak 972 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah hari tadi sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes yang positif di negara ini sebanyak 41,181 kes manakala yang telah pulih sebanyak 1,345 kes dan lapan kes kematian akibat jangkitan itu direkodkan hari ini dengan jumlah kumulatif kematian sebanyak 294 kes. --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 28 kes Variant of Concern (VOC) baharu dikesan Sabah antara 13 September dan 25 September.

Dari jumlah tersebut, 26 kes adalah daripada varian Delta sementara selebihnya adalah kes Beta, menurut data yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah dalam catatan Facebook beliau kelmarin.

Ini menjadikan jumlah kes VOC di Sabah sebanyak 63, iaitu 52 Delta, lapan Beta dan tiga Alpha.

Noor Hisham berkata, kes kumulatif negara yang dijangkiti oleh kategori VOC dan Variant of Interest (VOI) Covid-19 kini berjumlah 1,860.

“Dari jumlah tersebut, 1.840 adalah kes VOC sementara 20 adalah kes VOI. Secara keseluruhan, setakat ini, untuk VOC, terdapat 1,612 kes varian Delta, 214 Beta, dan 14 Alpha.

“Sementara itu, untuk VOI, ada 13 kes Theta, empat Kappa, dan tiga Eta,” katanya. – DE/Warta Oriental


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top