27 Tuntutan Sabah, Sarawak Dibawa Ke Kabinet: Armizan

armizan-1.jpg

Armizan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa bencana air pasang besar dan angin kencang di Kg Tanjung Aru Baru.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali menjelaskan tempoh sebulan diberikan untuk menyelesaikan semua perkara berbangkit berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah arahan Perdana Menteri.

“Sebenarnya itu bukanlah janji saya, tetapi itu adalah komitmen tinggi yang dizahirkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau telah memberi arahan kepada Datuk Seri Fadillah Yusof selaku Timbalan Perdana Menteri II dan saya sendiri selaku menteri yang bertanggungjawab (ke atas hal ehwal) Sabah dan Sarawak .

Katanya, dalam tempoh 30 hari mereka mesti membentangkan memorandum jemaah menteri kabinet untuk melihat daripada dapatan-dapatan hasil daripada rundingan-rundingan daripada ketiga-tiga kerajaan Kerajaan Persekutuan, Sabah Dan Sarawak.

“Kita akan membentangkan rundingan-rundingan itu pada 4 Januari akan datang, tempoh 30 hari itu berakhir pada 5 Januari, namun dalam mesyuarat kabinet yang lepas saya telah membentangkan nota jemaah menteri,” katanya kepada pemberita semasa lawatan ke lapangan mangsa bencana tiupan angin kencang dan ombak besar di Kampung Tanjung Aru Baru di sini, pada Sabtu.

Menurut Armizan, membentangkan nota jemaah menteri itu sebagai maklumat awal kepada ahli jemaah menteri dan akan disusuli dengan memorandum jemaah menteri pada 4 Januari nanti.

“Antara lain adalah kajian dan cadangan kita adalah apakah isu-isu yang berbangkit di dalam isu tersebut dan mungkin saya maklumkan di sini bahawa hasil daripada sebenarnya perjuangan ini bukanlah bermula hari ini, platform rasmi rundingan di antara kdua-dua belah pihak ini sudah pun bermula pada 2016 , Jawatankuasa Khas Kabinet, Majlis Khas 63, dan tanggungjawab saya sekarang adalah memurnikan laporan-laporan tersebut,” katanya.

Sehubungan dengan itu, beliau turut memaklumkan sudahpun membentangkan 27 perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak.

“Sebenarnya saya telah bentangkan nota di kabinet terdapat 27 isu ataupun perkara yang dibangkitkan oleh kedua-dua kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak,” katanya.

Menurut beliau, daripada 27 isu itu, 22 perkara itu berkait secara langsung dengan MA63 dan juga Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) manakala lima lagi adalah syor-syor tambahan dan tidaklah berkait secara langsung.

Berita asal: Daily Express

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top