27 peserta wanita sertai Kursus Pembuatan Aksesori Dusun Kujau dan Gana

bengkel-gana.jpg

Flovia bersama Heldahwati (dua kanan), Haslina, Siti Asurah, Renny, tenaga pengajar dan peserta kursus merakamkan gambar kenangan sempena kursus itu.

Kongsi Bersama

KENINGAU: Seramai 27 peserta terdiri daripada wanita B40 dan ibu tunggal di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Liawan menyertai Kursus Pembuatan Aksesori Dusun Kujau dan Gana yang diadakan di Pusat Kraftangan Yayasan Sabah Keningau.

Kursus kemahiran selama tiga hari yang bermula Selasa lepas hingga Khamis merupakan anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) dengan kerjasama Persatuan Sokongan Sahabat Sabah (BANTU).

Program yang diadakan itu telah dirasmikan oleh Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat (KPMKR), Datuk Flovia Ng.

Kursus kemahiran itu menumpukan kepada tradisi setempat bagi meningkatkan pendapatan dan pada masa sama membantu memelihara seni tradisi turun temurun agar tidak pupus ditelan zaman.

Penyelia Kemajuan Masyarakat, Pejabat Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Liawan, Heldahwati Juhasin memberitahu kursus yang diadakan itu merupakan saranan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Liawan, Datuk Annuar Ayub Aman bagi memperkasa golongan wanita sebagai modal insan yang berdaya saing, kompeten, dihargai dan mencapai kesejahteraan holistik.

Tiga tenaga pengajar yang pakar dalam seni tradisi terdiri daripada Lainah Maridala, Rennie @ Ronnie Bukan dan Lily Mukilin dijemput menjayakan kursus yang julung kali diadakan itu.

Turut hadir Pengarah JHEWA Haslina Ismail; Penolong Pengarah JHEWA Siti Asurah Wata dan Pengerusi BANTU Renny Jeneble. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top