260,880 Bakul Makanan Diagihkan Di 27 Daerah

shahelmey.jpg
Kongsi Bersama

Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat ingin memaklumkan bahawa agihan bantuan bakul makanan sedang giat dilaksanakan.

Setakat 01 Disember 2020, sebanyak 260,880 bakul makanan (food basket) telah diagihkan di dua puluh tujuh (27) buah daerah iaitu Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu, Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

Sebanyak 3,183 bantuan bakul makanan (food basket) diagihkan pada 1 Disember 2020 melibatkan empat belas (14) daerah iaitu daerah-daerah Kota Kinabalu (939), Tawau (47), Semporna (191), Kinabatangan (174), Beluran (9), Kudat (319), Putatan (32), Tuaran (18), Ranau (41), Nabawan (34), Tambunan (136), Penampang (26), Pitas (419) dan Kota Marudu (798).-

 

YANG BERHORMAT Ir. SHAHELMEY YAHYA

MENTERI PEMBANGUNAN MASYARAKAT

DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT

01 Disember 2020


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top