25 pertuduhan terkait 1MDB: Najib diperintah bela diri

najib.jpg

(Gambar fail)

Kongsi Bersama

KUALA LUMPUR: Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini diperintah untuk membela diri atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM2.27 bilion dana 1MDB.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya mewujudkan prima facie terhadap bekas perdana menteri dan menteri kewangan terbabit.

Kes itu didengar hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah, yang kini merupakan hakim di Mahkamah Rayuan.

Mengikut kertas pertuduhan, Najib, 71, yang juga bekas Pengerusi Barisan Nasional, didakwa melakukan kesalahan itu ketika menjawat jawatan selaku Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Semasa prosiding sebelum ini, Najib memilih untuk menjadi saksi dengan memberi akuan bersumpah bagi menangkis empat pertuduhan salah guna kuasa.

Tujuh hari lalu Najib mengemukakan permohonan maaf kepada orang ramai atas penglibatannya dalam skandal 1MDB. Bagaimanapun Najib mengekalkan pendirian bahawa dia tidak bersalah.

Dalam prosiding hari ini, Najib diwakili barisan peguam bela diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bersama-sama Tania Scivetti dan Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin.

Timbalan Pendakwa Raya, Kamal Baharin Omar dan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mengetuai pihak pendakwaan.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top