25 lagi cawangan baharu Gagasan Rakyat di Karamunting

pgrs-karamunting.jpg

Chew (kanan) ketika menyerahkan borang keahlian serta penambahan cawangan Gagasan Rakyat di DUN Karamunting.

Kongsi Bersama

SANDAKAN: Sebanyak 25 cawangan baharu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) berjaya diwujudkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Karamunting.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat Karamunting Datuk Chew Kok Woh berkata, penambahan cawangan baharu itu membuktikan Gagasan Rakyat semakin diterima rakyat di sini.

“Hari ini saya turut menghantar borang permohonan keahlian baharu Gagasan Rakyat, tidak dinafikan masih ramai orang berhubung dengan saya yang mahu bersama-sama berkhidmat untuk memperkasakan parti ini.

“Masih terdapat lima sehingga enam cawangan baharu akan dikemukakan dalam masa terdekat. Ia tertangguh kerana masih menunggu dokumen-dokumen berkaitan,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Beliau mengalu-alukan rakyat Karamunting yang mahu menjadi ahli Gagasan Rakyat untuk terus berhubung (089 211 200) atau berjumpa dengannya di Blok K Lot 7 Tingkat Bawah Bandar Ramai-Ramai, Jalan Leila.

Dalam pada itu, Penyelia Unit PPM Karamunting Naz Lee telah turun padang meninjau aduan kebocoran paip yang berlaku di Kampung Bukit Nenas.

Chew berkata, selepas menerima aduan daripada penduduk, arahan telah diberikan untuk tinjauan itu.

Beliau berharap pihak Jabatan Air dapat segera membuat penyelenggaraan agar tidak membazirkan sumber bekalan air. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top