24 sambungan paip air haram dekat UMS dipotong – Shahelmey

sambungan-haram.jpg

Penguat kuasa Jabatan Air Sabah mengesan sambungan paip haram oleh penghuni setinggan secara terus dari paip utamanya di Sepanggar. (Gambar JANS)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Jabatan Air Sabah (JANS) hari ini memotong 24 sambungan paip air haram oleh penghuni setinggan secara terus dari paip utamanya berhampiran Kampung Suang Parai, Sepanggar, kata Timbalan Ketua Menteri III, Datuk Shahelmey Yahya.

Malah, beliau yang juga Menteri Kerja Raya negeri menjelaskan sambungan paip haram itu juga merupakan antara punca bekalan air ke takungan utama di Universiti Malaysia Sabah (UMS) terjejas.

JANS telah menghantar penguat kuasanya untuk membanteras kegiatan itu petang ini dan akan sentiasa memantau keadaan hingga skim vendor (pembekalan air kepada penghuni setinggan) dilaksanakan sepenuhnya di beberapa kawasan yang dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Kelmarin, Shahelmey berkata Kementerian Kerja Raya Sabah sedang dalam proses menstabilkan tekanan air bagi memastikan bekalan air stabil di semua kawasan di negeri ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top