24 Felo SMJ Terima Surat Pelantikan

CM-felo-SMJ.jpg

Hajiji menyerahkan surat pelantikan kepada salah seorang daripada peserta Felo SMJ.

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: 24 peserta program Felo Sabah Maju Jaya menerima surat pelantikan daripada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Haji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Mereka adalah kumpulan pertama graduan yang dipilih untuk program bimbingan dan pembelajaran langsung selama enam bulan di 12 kementerian di negeri ini.

Program yang merupakan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Negeri itu akan dijalankan di bawah Inkubator Kepimpinan Belia Sabah (IKEBS).

Di bawah program itu, peserta Felo SMJ akan menerima elaun bulanan sepanjang program berlangsung.

Inisiatif Felo SMJ diumumkan oleh Hajiji yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2022 Sabah tahun lalu.

Beliau berkata, ia adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperkasakan pembangunan modal insan.

Katanya, program itu merupakan kerjasama pelbagai agensi termasuk Sekretariat Hala Tuju SMJ, Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) serta Majlis Belia Sabah.

Turut hadir Timbalan-timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan and Datuk Dr. Joachim Gunsalam, Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin, menteri-menteri kabinet dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr. Safar Untong.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top