239 Pati Indonesia dihantar pulang

PATI.jpg

Sebahagian Pati warga Indonesia yang dipindahkan balik ke negara asal secara terus. (Kredit foto: JIM Sabah)

Kongsi Bersama

TAWAU: 12 kanak-kanak adalah antara 239 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia yang dipindahkan dari Pelabuhan Tawau untuk dihantar pulang ke negara asal semalam.

Operasi pemindahan itu adalah sebahagian daripada operasi berterusan oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Negeri Sabah bagi tahanan warga asing yang ditempatkan di semua empat depot imigresen di Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau, dengan kerjasama Konsulat Jenderal Republik Indonesia Kota Kinabalu (KJRI) serta Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah, Datuk SH Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, program pemindahan tahanan itu adalah siri ke-14 untuk kategori usir melalui jalan laut bagi 2024.

“Penghantaran pulang tahanan kali ini membabitkan 186 lelaki dan 41 wanita serta 12 kanak-kanak bersama ibu bapa atau waris masing-masing.

“PATI berusia antara dua hingga 72 tahun itu dihantar pulang menggunakan perkhidmatan feri di sini, ke Terminal Tunon Taka, Nunukan di Indonesia.

“Mereka sebelum ini ditahan di Depot Imigresen, selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top