22 Calon PKR Hilang Deposit Dalam PRN Sarawak

prn-sarawak-2.jpg
Kongsi Bersama

KUCHING: 22 daripada 28 calon PKR yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak hilang deposit, antaranya termasuk pemangku Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Sarawak Abang Zulkifli Abang Engkeh yang kalah di DUN Beting Maro dalam persaingan lima penjuru.

Keseluruhannya 169 calon mengalami nasib yang sama dalam PRN itu yang menampilkan 349 calon.

Calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) antara yang paling banyak hilang deposit dengan 66 daripada 73 calon parti itu gagal meraih satu per lapan daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira dalam kerusi DUN yang ditandingi mereka.

Menurut Bernama antara calon PBK yang hilang deposit ialah Tomson Ango (DUN Gedong), Goem Pijar (DUN Tanjong Datu), Jacky Chiew Su Chee (Beting Maro), Chai Kueh Khun (DUN Batu Kawah), Mohamad Hamdeen Saharuddin (DUN Asajaya), Edison Jamang (DUN Tarat) dan Saharuddin Abdullah (DUN Simunjan).

Seramai 23 daripada 30 calon Bebas turut hilang deposit antaranya Hii Tiong Huat (DUN Bukit Assek), Agnes Padan (DUN Ba’kelalan), Mohd Adenan Zulkeppli (DUN Semop) dan Abd Mutalip Abdullah (DUN Kuala Rajang).

Selain itu, lima calon yang bertanding di DUN Dudong, terpaksa akur dengan kekuatan Presiden Parti Progresif Demokratik (PDP) Tiong King Sing yang memperoleh undi majoriti 5,806 dalam pertandingan lapan penjuru di kerusi berkenaan.

Seseorang calon hilang wang deposit sekiranya gagal memperoleh satu per lapan atau 12.5% undi daripada jumlah keseluruhan undi yang dikira.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top