200 Peserta Hadiri Majlis Khatam Beramai-Ramai

khatam-quran.jpg
Kongsi Bersama

SANDAKAN: Seramai 200 peserta dari pelajar, belia dan warga setempat menjayakan Majlis Khatam Beramai-Ramai yang doadakan di Masjid Datuk Haji Pangeran Galpam Sandakan sebagai program pembuka tahun 2022.

Ketua Penyelaras Majlis Dakwah Negara (MDN) Sandakan, Puan Noraini Sulong yang juga AJK Majlis Dakwah Negara Negeri Sabah melahirkan rasa syukur kerana dapat menjayakan majlis berkenaan.

Noraini juga mengalu-alukan agar lebih banyak NGO dan agensi agensi kerajaan sedia mengadakan kolaborasi dengan MDN untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah.

Majlis itu diadakan oleh MDN dengan kerjasama MAPIM Negeri Sabah diwakili pengerusonya Haji Otoh Sibik, Pengerusi Institut Al-Azhar, Ustaz Haji Nazri Haji Apim dan AJK Masjid Datuk Haji Pangeran Galpam.

Program itu dirasmikan oleh Ketua USIA Bahagian Kinabatangan, Datuk Haji Abdul Rahman DSP Digadong Haji Pangeran Galpam yang juga AMT USIA Negeri Sabah.

Turut menyertai Program Majlis Khatam Beramai-ramai itu ialah USIA Bahagian Kinabatangan. Antara pengisian majlis itu taklimat mengenai pembukaan akaun tabung haji oleh wakil Tabung Haji Sandakan. – Sabah360online

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top