KOTA KINABALU: Ekspo Usahawan Wanita Antarabangsa Sabah (SIWE 2022) anjuran Persatuan Industri Kecil Sederhana Usahawan Wanita Bumiputera Sabah (IKSnita Sabah) berjaya menarik kira-kira 200 pempamer dari pelbagai perkhidmatan dan produk.
Mereka bukan sahaja dari Sabah tetapi juga dari, Sarawak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah, Johor dan Terengganu dan lain-lain.
Ekspo selama tiga hari yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) itu dirasmikan oleh isteri Ketua Menteri, Datin Seri Hajah Juliah Salag.
Ini merupakan kali kedua ekspo itu diadakan. Ia bertujuan untuk memperkasa potensi golongan wanita sebagai usahawan bergerak maju ke depan, dalam merancakkan ekonomi keluarga dan negara, selaras dengan hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).
Antara agensi kerajaan yang turut serta dalam expo itu ialah Lembaga Pertubuhan Peladang Sabah, Lembaga Koko Malaysia, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang, Mintred Sarawak, Lembaga Pertubuhan Peladang Kedah, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), Risda, Fama dan lain-lain.