2 Pendaki Cedera ‘Paragliding’ Di Gunung Kinabalu

praglider-cedera.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Dua pendaki gunung yang melakukan aktiviti “paragliding” di Gunung Kinabalu, Kundasang, di sini, cedera akibat terjatuh awal pagi Selasa.

Dalam kejadian 7 pagi itu, dua pendaki terbabit ditemui di KM7.5 Summit Trail dalam keadaan sedarkan diri, namun mengalami kecederaan pada lutut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 7.30 pagi.

“Sepasukan empat anggota dan pegawai bersama empat malim gunung dikerah ke lokasi kejadian, sejurus menerima laporan berkenaan.

“Sebaik tiba di lokasi pada 9.30 pagi, mangsa pertama didapati cedera di bahagian lutut, tetapi masih mampu berjalan sendiri turun ke kaki gunung.

“Mangsa kedua pula didapati bengkak di bahagian lutut kanan dan disyaki mengalami retak tempurung lutut,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, pasukan penyelamat kemudiannya memberikan rawatan awal dengan mencuci luka di kaki mangsa, manakala seorang lagi pendaki itu diberikan balutan anduh sebelum diusung menuruni kaki gunung.

“Kedua-dua mangsa bersama pasukan penyelamat masih dalam perjalanan turun dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top