2 maut bot berlanggar di Semporna

bot-xcident.jpg

Polis berkata orang ramai menemui dua mangsa tenggelam, selepas mereka terhumban ke laut dan dilaporkan hilang.

Kongsi Bersama

SEMPORNA: Dua maut selepas bot laju mereka bertembung sebuah bot pelancong di perairan Kampung Balimbang, Semporna kelmarin.

Ketua Polis Semporna, Mohd Sabri Zainol, berkata nahas kira-kira 9.45 pagi itu membabitkan bot laju mangsa dan sebuah bot pelancong membawa 12 penumpang dalam perjalanan ke Pulau Mabul.

Menurutnya, bot laju dinaiki dua lelaki berusia 45 dan 50 tahun itu mengalami kerosakan teruk.

“Kejadian itu juga menyebabkan kedua-dua mangsa terhumban ke dalam laut dan dilaporkan hilang,” katanya menurut Sinar Harian sambil menambah orang ramai segera melakukan pencarian dua mangsa hilang.

“Mangsa ditemui tenggelam dan dalam keadaan tidak bernyawa. Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Semporna untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.”

Sabri berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana kecuaian sehingga mengakibatkan kematian, yang memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu memberi maklumat kepada pegawai penyiasat Mohammad Hafizudin Akram Ghafar Ismaol di talian 013-7557293 atau mana-mana balai polis berdekatan. – Sabah Post

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top