2 Kanak-kanak Maut Tertimbus Tanah Runtuh di KK

tanah-runtuh.jpg

Salah seorang mangsa yang diselamatkan pasukan bomba dalam kejadian itu. (Gambar Bomba)

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Dua kanak-kanak maut manakala dua lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Bukit Nenas, di sini, malam tadi, lapor FMT.

Mangsa Isa Sabri, 2, dan Norain Jaziz, 11, disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Manakala Siti Nur, 28, patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki menerima rawatan di hospital sama.

Menurut laporan itu jurucakap Bomba Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu jam 8.26 malam tadi.

“Setibanya di lokasi kejadian didapati, berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga.

“Terdapat empat mangsa terbabit iaitu satu cedera di bahagian kaki manakala tiga lagi tertimbus tanah dan pokok,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.

Menurutnya, seorang mangsa kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dihantar ke hospital sebelum pasukan bomba tiba di lokasi.

“Dua lagi mangsa perempuan termasuk seorang kanak-kanak yang tertimbus berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan orang awam.

“Mangsa kemudian diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS dan seterusnya dihantar ke hospital menggunakan EMRS dan ambulans.

“Dua kanak-kanak disahkan meninggal dunia di hospital manakala dua lagi mangsa yang cedera kini menerima rawatan,” katanya.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top