194,885 Bakul Makanan Telah Diagih Di 27 Daerah Di Sabah – Shahelmey

ShahelmyYahya_1598933878.jpg
Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Sebanyak 194,885 bakul makanan telah diagihkan kepada golongan memerlukan di 27 daerah di Sabah setakat ini, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Shahelmey Yahya.

Beliau berkata untuk hari ini sahaja pihaknya mengagihkan 3,934 bakul makanan.

“Kementerian kini sedang giat mengagihkan bakul makanan berkenaan di setiap daerah terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, di sini pada Khamis.

Daerah berkenaan ialah Lahad Datu, Semporna, Kunak, Tawau, Sandakan, Kota Kinabalu,  Penampang, Putatan, Papar, Tuaran, Kalabakan, Ranau, Tambunan, Kota Belud, Beaufort, Kuala Penyu, Kota Marudu, Tenom, Kinabatangan, Keningau, Kudat, Pitas, Sipitang, Nabawan, Beluran, Telupid dan Tongod.

 

— BERNAMA

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top