18,000 Wanita GRS ‘turun padang’ hadapi PRN Sabah

azizah-mohd-dun.jpg

Datuk Azizah Mohd Dun

Kongsi Bersama

KOTA KINABALU: Kira-kira 18,000 jentera wanita Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah digerakkan sebagai persediaan untuk berhadapan dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan diadakan pada bila-bila masa dari sekarang.

Ketua Wanita GRS, Datuk Seri Panglima Azizah Mohd Dun berkata, jentera wanita bukan digerakkan sewaktu pilihan raya tiba tetapi sebelum menghadapi pemilihan lagi mereka sudah turun padang untuk membantu rakyat di peringkat akar umbi di negeri ini.

“Sebenarnya Wanita GRS sudahpun selesaikan jelajah di peringkat zon dan kini kita mulakan di peringkat pusat daerah mengundi (PDM).

“Wanita ini memang terkenal dengan tenaga kerja dan sebagai badan politik kita tidak menunggu esok pilihan raya berlangsung tetapi kita sudah turunkan mereka lebih awal daripada itu.

“Secara asasnya kita ada 18,000 jentera wanita sahaja di seluruh negeri dan mereka ini sudahpun digerakkan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis Malam Budaya Etnik Sabah di sini pada malam Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya gerak kerja Wanita GRS susulan tempoh untuk berhadapan dengan PRN Sabah semakin hampir yang akan diadakan pada tahun ini juga.

Ditanya mengenai calon wanita yang akan dikemukakan untuk PRN Sabah, beliau memaklumkan bahawa senarai sudahpun diberikan kepada Pengerusi GRS Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor.

“Namun terpulang kepada pengerusi, tapi kalau ditambah lagi boleh juga. Nama calon yang dikemukakan pun ada muka baharu dan lama,” katanya.

Sebelum itu, GRS adalah gabungan lapan parti iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Bersatu Sabah (PBS), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Cinta Sabah (PCS) Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan Rakyat).

— ASYIKIN ASMIN/Penerangan Gagasan Rakyat

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top