180 peserta Sabah, Sarawak sertai Simposium “Malaysia at 60”

Simposium-sabah-sarawak.jpg

Rakaman kenangan sempena Simposium “Malaysia at 60” di Menara Tun Mustapha Yayasan, Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini

Kongsi Bersama

KUCHING: Lebih daripada 180 peserta dari Sabah dan Sarawak menyertai Simposium “Malaysia at 60” yang berlangsung di Menara Tun Mustapha Yayasan, Kota Kinabalu, Sabah.

Simposium tersebut merupakan anjuran Badan Bertindak Memperjuangkan Hak Sabah (SABAR) dan Inisiatif Sarawak (TSI) yang juga pertubuhan masyarakat sivil terkemuka di kedua-dua negeri ini.

Pengerusi Pemegang Amanah SABAR, Datuk Dr Johan Arriffin berkata, ia mungkin simposium pertama yang menggabungkan rakyat Sabah dan Sarawak melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) – bukan politik pada tahun bersejarah ini untuk menyuarakan aspirasi serta kebimbangan masa hadapan.

“60 tahun telah berlalu, Sabah dan Sarawak telah ketinggalan dari segi pembangunan negara. Sekarang adalah masa untuk kita mengambil kira keadaan dan mengatasi sebarang kekurangan.

“Terdapat beberapa isu yang dibangkitkan, ia termasuk negeri-negeri Borneo yang ketinggalan dalam pembangunan ekonomi, mengambil alih semula sistem pendidikan, dan politik Semenanjung Malaysia yang boleh menjejaskan keamanan serta keharmonian,” katanya menerusi kenyataan, semalam.

Dalam pada itu, Pengerusi TSI Sidi Munan memaklumkan, walaupun rakyat Sabah dan Sarawak adalah serupa dalam pelbagai aspek tetapi selalu menganggap bahawa mereka tidak bersatu suara ketika berurusan dengan Semenanjung Malaysia.

“Perkara ini tidak berlaku pada awal 1960-an apabila Borneo Utara (Sabah ketika itu) dan Sarawak bersatu dari segi politik.

“Sekarang adalah masa untuk kita bersatu lebih daripada sebelum ini, untuk menghentikan politik toksik yang kita lihat di Semenanjung Malaysia datang ke pantai kita ini,” ujarnya. – SUARA SARAWAK

 

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top