170 Anggota Jentera Pentadbiran DUN Kundasang Terima Sumbangan Baju Korporat

baju-korporat-joachim.jpg
Kongsi Bersama

RANAU: Seramai 170 anggota jentera pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang telah menerima sumbangan baju korporat.

Mereka terdiri daripada 85 orang Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JPKK) dan 85 orang Setiausaha.

Sumbangan tersebut disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr Joachim Gunsalam.

Majlis penyampaian sumbangan berlangsung pada majlis rumah terbuka Aidilfitri di surau As Sanusi di sini, semalam.

Dr Joachim turut mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yassin yang turut menyumbangkan sebahagian daripada baju korporat tersebut.

“Saya berharap sumbangan baju korporat ini akan menjadi pemangkin dan motivasi kepada mereka ketika menjalankan tugas masing-masing,” kata Joachim.

Pada majlis berkenaan, Dr Joachim berpeluang beramah mesra dengan penduduk kampung.

Turut hadir ialah Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri, Yubidi Gumpoyo; Ketua Perhubungan dan Pegawai Perhubungan Parlimen, Benedict Gunda dan Louis Sinti serta Pegawai Perhubungan Luar, Amilin Baranting; dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM), Dounis Sani.

Berita asal: sabahnews.com.my

 


Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published.

scroll to top