17 Petani Kg Tibabar Terima Bantuan Dr Jeffrey

bantuan-jefrey.jpg
Kongsi Bersama

TAMBUNAN: Seramai 17 keluarga petani yang mengusahakan tanaman timun, kacang tanah dan jagung di sebidang tanah seluas dua ekar menerima bantuan berupa poly paip, tangki air dan pam air pada program penyerahan bantuan itu di Kampung Tibabar di sini pada Ahad.

Timbalan Ketua Menteri II dan Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan menyerahkan bantuan itu kepada wakil penduduk Domini Gadius.

Bercakap kepada pemberita selepas program itu, Jeffrey yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan berharap daripada kelompok penerima hari ini lebih ramai lagi mungkin seluruh tempat di Tambunan akan mendapat dorongan daripada program itu dan akan buat program serupa.

Katanya, kementeriannya akan menggalakkan petani-petani di negeri ini untuk mengusahakan tanah-tanah mereka yang terbiar dengan tanaman pertanian yang boleh dikomersilkan.

Katanya selain itu, kementeriannya akan berusaha mengembangkan dan  membantu para petani dari segi sistem, pengurusan dan pemasaran di negeri ini.

“Kementerian saya mempunyai satu program yang dinamakan Rural Micro Business System (RMBS) dalam usaha petani-petani dan penduduk kampung yang memiliki tanah dapat membuka tanah mereka dengan tanaman komersil,” katanya.

Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau berkata, program ini membantu keperluan petani-petani di daerah ini yang menjalankan program pertanian dengan memajukan tanah mereka yang tidak ditanam padi.

“Saya melihat hasil daripada dua ekar tanah yang diusahakan merupakan satu kebanggaan kepada kita supaya projek itu diperkembangkan lagi di lain-lain tempat di daerah ini.

“Kita akan membantu dari segi pemasaran dan keperluan petani-petani kita dan mereka boleh usahakan tanah mereka dengan cara itu.

“Sebagai Menteri Pertanian, saya menggalakkan usaha ini dan kita akan membantu dari segi sistem, pengurusan dan pemasaran dan penting pengusaha-pengusaha kebun yang terdiri orang-orang kampung mempunyai tanah,” katanya.

Menurutnya, para petani boleh mengusahakan tanah mereka dengan fokus kepada pengeluaran dan sistem itu akan membantu mereka untuk pengumpulan, pemprosesan dan pemasaran hasil-hasil pertanian mereka dan ianya sedang dilaksanakan oleh kementeriannya. – Utusan Borneo

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top