17 Ogos keputusan semakan kehakiman pembubaran Dun Sabah

Sample3.jpg
Kongsi Bersama

MAHKAMAH Tinggi Kota Kinabalu, hari ini menetapkan 17 Ogos sebagai tarikh mendengar hujah dan membuat keputusan bagi semakan kehakiman berkaitan pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujah dikemukakan peguam, Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) yang mengemukakan permohonan semakan terbabit.

Semua Adun berkenaan adalah Musa Aman (Sungai Sibuga); Bolkiah Ismail (Pitas); Julita Mojungki (Matunggong); Anita Baranting (Tandek); Musbah Jamli (Tempasuk); Japlin Akim (Usukan); Jahid Jahim (Tamparuli); Hajiji Mohd Noor (Sulaman); Joniston Bangkuai (Kiulu); Kenny Chua (Inanam); Ghulam Haidar Khan (Kawang) dan Mohd Ariffin Mohd Ariff (Membakut).

Selain itu, Isnin Aliasnih (Klias), Limus Jury (Kuala Penyu), Matbali Musah (Sindumin), Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Masidi Manjun (Karanaan), Abidin Madingkir (Paginatan), Jeffrey Kitingan (Tambunan), Robert Tawik (Bingkor), Jamawi Jaafar (Kemabong), Ellron Angin (Sook), Bobbey Suan (Nabawan), James Ratib (Sugud).

Abdul Rahman Kongkawang (Labuk); Masiung Banah (Kuamut); Saddi Abdul Rahman (Sukau);

Osman Jamal (Balung); Nizam Abu Bakar Titingan (Apas); Hamisa Samat (Tg Batu); Abdul Muis Picho (Sebatik); Jaffari Waliam dan Ronnie Loh.

Turut sama berhujah adalah Peguam Kanan Persekutuan, Suzana Atan dan Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh.

Terdahulu, Musa dan Adun yang bersekutu dengannya mengemukakan permohonan semakan kehakiman menerusi firma guaman FT Ahmad dan Co pada 4 Ogos lalu.

Permohonan berkenaan meletakkan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin sebagai responden pertama, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal selaku responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga dan kerajaan negeri selaku responden keempat.

Komen

Kongsi Bersama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top